Wednesday, 9 September 2015

BANDAR SEGAMAT SEMAKIN MAJU



Setelah berkhidmat di Batu Pahat, Alhamdulilah saya dapat datang semula ke Bandar Segamat minggu lalu.  Saya pernah berada di sana selama empat tahun bila menamatkan pelajaran kemahiran, seterusnya menjalani 'training' juga dibandar tersebut. 



Jauh beza dengan beberapa tahun dahulu, nampaknya Segamat kini bertambah maju.Pelbagai 'shopping complex' dibina di tanah bumi Segamat ini. Ketika menjenguk ke rumah sahabat handai saya berpeluang untuk melihat sendiri '1 Segamat' dan juga 'Kipmart' yang baru dibuka kepada penduduk di daerah Segamat dan kawasan yang berhampiran.



Jika sebelum ini, orang ramai asyik bercerita mengenai kedua-dua tempat ini, hari ini saya bersama keluarga meluangkan masa untuk ke tempat tersebut. Sejak dari petang lagi, laluan ke Kipmart begitu sibuk sekali sehinggalah ke malam.  Ketika saya pergi pada malam hari sebelum pulang ke Batu Pahat masih ramai lagi pengunjung yang datang membeli-belah. Tidak ubahnya seperti situasi  Kipmart di Johor Bahru yang menjadi tempat persinggahan kami apabila berkunjung ke sana. Dengan pembukaan Kipmart di Segamat ini pastinya memberi peluang  penduduk di sini untuk mencari  peluang kerja terutama kepada remaja lepasan sekolah  sebagai asas untuk menimba pengalaman. 


Selain itu, memudahkan penduduk di sini untuk mendapatkan bekalan makanan 'fresh' serta memberi peluang kepada penduduk untuk membuat pilihan.Namun, yang pastinya kita perlu lebih berhati-hati dalam berbelanja...lihat pula pada harga.Apakah 'Kipmart 'akan terus bertahan di tanah bumi Segamat ini?Bagaimana pula dengan kuasa membeli di kalangan penduduk di sini?.Apakah kewujudan Kipmart tidak memberi kesan kepada peniaga-peniaga lain? 



Apa pun natijahnya, kita lihat dahulu.... Pada hari tersebut saya tidak membeli apa-apa barangan di Kipmart kerana saya hanya berjalansambil menjengah kawan-kawan lama di pusat pengajian dahulu. Saya ucapkan tahniah dengan usaha pembukaan Kipmart di bumi  Segamat tersebut....